Kata Kata Aluan

HFZ Group telah melalui suatu perjalanan yang jauh untuk sampai ke tahap ini. Maka dengan itu, kami amat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dalam usaha memperkukuhkan organisasi dengan inovasi terkini supaya ianya dapat memberi kebaikan kepada pelanggan, rakan perniagaan dan juga para pekerja kami.

Di HFZ, moto kami adalah untuk memastikan kualiti dan khidmat yang terbaik kepada pelanggan. Kami juga menyediakan khidmat juru runding sekiranya pelanggan kami mahukan cadangan, idea atau bantuan.

Hingga saat ini, kami sentiasa berusaha untuk membantu dalam melahirkan insan rabbani ke arah modal insan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kami amat mementingkan kualiti kerana kualiti adalah suatu kejayaan bagi kami dan kami sentiasa bersedia untuk menyahut sebarang cabaran.

Terima kasih diucapkan atas sokongan anda kepada HFZ Group.

DatoMalek Noor

PENAUNG

Intro

HFZ Group telah mula beroperasi semenjak tahun 2001 lagi. Memandangkan keperluan semasa kepada khidmat nasihat, runding cara, kempen, seminar dan program-program yang berbentuk keagamaan serta spiritual. Pihak syarikat dengan sedaya-upaya cuba memenuhi keperluan tersebut dalam proses memantapkan lagi syakhsiah ulung serta modal insan.

Objektif kami ialah untuk memenuhi setiap keperluan pelanggan dan memberi kepuasan kepada mereka. Kami berharap dapat menjadi sebuah syarikat konsultan khidmat nasihat serta runding cara yang dapat membantu pihak kerajaan dalam melahirkan modal insan yang bermutu dan berkualiti demi masa depan bangsa dan negara.

Di samping itu kami akan memastikan semua pelanggan kami mendapat khidmat yang terbaik dan berkualiti.

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang kami tawarkan :

Khidmat Nasihat untuk Individu dan Keluarga serta Jabatan.

Nasihat Pemasaran, Runding Cara, Kaunseling, Seminar dan Program Motivasi.

Mengendalikan Kursus serta Kempen yang berteraskan Keagamaan dan Spiritual.