Apa kata mereka tentang buku Sekolah Kehidupan ini?!

Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat.
Ianya membicarakan tentang kehidupan sebenar kita yang patut kita ketahui.

Penulisannya dengan gaya bahasa yang mudah serta diadaptasikan den
gan contoh-contoh yang bertepatan dengan situasi sebenar menjadikan pembacaan amat menyeronokkan. Buku ini juga benar-benar memberi inspirasi untuk saya. Ianya juga memberikan sinar baru kepada hari-hari dalam hidup saya selepas penghijrahan yang saya lakukan dalam hidup baru-baru ini!

Saya amat mencadangkan anda memiliki dan membaca buku Sekolah Kehidupan
ini!

Dato’ Malek Noor
Wira Bina Badan Negara

“Saya dapati penulisan buku ini amat menarik dan ianya bertepatan dengan kehidupan sebenar yang kita tempohi setiap hari. Saya amat mencadangkan anda memiliki dan membacanya”.
Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah,
Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor (INHAD).

“Saya amat mencadangkan bagi mereka yang ingin memahami tentang selok-belok kehidupan ini dan setiap dugaan serta cabarannya, bacalah buku sekolah kehidupan ini. Saya cadangkan anda membawa buku ini kemana sahaja dan insyaAllah ianya akan dapat membantu anda dikala hampir lemas di lautan kehidupan”.
Dr. Wan Nasyruddin bin Wan Abdullah,
Pensyarah Kanan UKM, Bangi.

"Tahniah di atas hasil keluaran baru HFZ Group yang cukup kreatif membantu mereka menyelesaikan masalah yang membuntu kehidupan seharian. Setiap manusia ada sahaja masalahnya namun Sekolah Kehidupan pasti membantu mereka yang menghadapinya, InsyaAllah".
Ustaz Haslin bin Baharim
Pengurus HASWA Agency

"Setiap kali mendapat peluang, pasti ada sahaja halangan yang datang. Kenapa ianya sentiasa terjadi dalam hidup saya? Setelah membaca buku Sekolah Kehidupan ini, saya menemui jawapannya! Sekira ianya juga terjadi kepada anda?! Saya syorkan anda membaca buku ini".
M. Zaid Ab. Halim 38,
Pengarah Urusan Nieza Resources & Consultancy.
(013 922 2410)

“Buku ini ditulis dengan penuh perasaan dan seikhlas hati. Ianya dapat dirasai bagi sesiapa yang membaca buku ini. Saya amat mencadangkan mereka yang mencari tujuan hidup untuk memiliki dan membaca buku ini".
Ustaz Ghazali bin Harun,
Guru Agama SMKA Kuala Selangor, Selangor.


“Penulisannya dengan gaya bahasa yang ringkas dan mudah amat menarik dan memberangsangkan serta bermotivasi. Lebih realistik serta bertepatan dengan kehidupan sebenar. Saya amat mencadangkan kepada anda memiliki dan membacanya”.
Che Fauzi Zakaria 33, Usahawan Berjaya.


“Saya amat kagum dengan penulisan buku ini dan ianya sangat memberi inspirasi untuk kerjaya serta hidup saya. Ianya amat bermotivasi dan bertepatan dengan realiti kehidupan sebenar. Saya amat menyarankan anda membacanya”.
Ch
e Zaraidy Che Rahim 33,
Perunding Kewangan AmBank Group
(013 981 4828)


“Saya mengenali penulis secara peribadi dan amat mengagumi penulisan beliau ini. Di samping itu, buku ini amat membantu saya dan memberi semangat untuk saya terus maju ke hadapan dan mengajar saya apa yang perlu saya lakukaan dalam hidup ini".
Ahmad Raznee bin Abdul Rauf 38, Usahawan Berjaya.

“Hidup ini penuh dengan liku-liku dan dugaan. Kekadang kita tidak bermaya dan hilang motivasi diri. Saya amat mencadangkan buku ini untuk meningkatkan motivasi diri serta prestasi hidup agar lebih berbahagia dan bermakna. Buku ini banyak membantu saya, harapnya begitu juga dengan anda!”.
Fadzil Bin Ismail (FBI)
Ahli Lembaga Pengarah KODANA Berhad.


“Buku ini amat berinspirasi untuk saya dan menjadikan saya lebih bersemangat serta mempunyai hala tuju baru dalam hidup. Buku ini saya jadikan sebagai manual untuk hari-hari dalam hidup saya. Saya amat mencadangkan anda memiliki dan membaca buku ini”.
Ustaz Mohd Zamany bin Yaakub 35,
SM Teknik Kuala Selangor (012 370 8436)


“Penulisan buku ini amat menyentuh jiwa kerana ianya berkait rapat dengan kehidupan sebenar dan seharian kita. Ianya amat bermotivasi dan saya begitu teruja membacanya".
Ustaz Mohammad Mohd Noor 43,
Pegawai YIK, Kelantan.


“Ianya membuatkan saya menitiskan airmata dan menginsafi tentang hidup ini. Ianya begitu menyentuh perasaan pada kali pertama saya membacanya dan amat berinspirasi untuk diri saya. Saya amat mencadangkan anda memiliki dan membacanya”.
Mohammad Khairuddin Omar 33,
Rakan Kongsi & Peguam Tetuan Annisa Shihabuddin Khair Bahry.

Penghargaan & Terima Kasih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera...

Di ruangan yang terhad ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya selama ini dan membaca buku Sekolah Kehidupan. Syabas saya ucapkan bagi mereka yang telah mengambil tindakan positif dengan mengamalkan setiap anjuran positif dari buku ini dan memperkenalkannya kepada kenalan serta taulan.

Apa yang menyentuh hati kecil saya dan saya berasa begitu tersentuh apabila ada yang memberitahu bahawa buku ini telah membantu mereka keluar dari keadaan yang kurang baik kepada lebih bahagia dan bergembira dengan hidup ini. Hari-hari dalam hidup mereka menjadi lebih ceria. Saya sendiri juga menjadikan buku ini sebagai wadah perjalanan hidup saya bahkan manual untuk hari-hari dalam hidup saya.

Saya memang tercari-cari buku seumpama ini sejak dahulu lagi. Alangkah beruntungnya serta bahagia dan ceria hidup saya sekiranya sejak dahulu lagi saya memahami konsep hidup sebagaimana yang terdapat dalam buku Sekolah Kehidupan ini. Bagi saya, sesungguhnya apa yang tertera di dalam buku ini adalah anugerah ilham dari yang Esa untuk saya berkongsi dengan anda. Harapan saya semoga ianya bermanfaat untuk kita semua..!

Wassalam.

Pengarang.

Autograf Buku Sekolah Kehidupan

Sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai untuk mendapatkan Buku Sekolah Kehidupan. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan autograf dari Pengarang sendiri.
Ramai yang memberikan respon yang baik kepada Buku Sekolah Kehidupan ini. Apa yang mengembirakan pengarang ialah apabila beliau dapat membantu ramai orang untuk keluar dari kepompong hidup mereka ke arah yang lebih baik.

Antara mereka yang sabar menunggu untuk mendapat autograf dari pengarang. Sanggup lama berdiri dan beratur untuk dilayan oleh pengarang. Terima kasih pengarang ucapkan kepada mereka yang menyokong dan membeli Buku Sekolah Kehidupan ini. Semoga ianya bermanfaat dan dapat membantu pembaca sekelian menjadikan hidup ini lebih bererti dan bahagia.Adios..!

Pendahuluan Buku Sekolah Kehidupan

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji dan puja dirafa’kan kehadrat yang Esa, berwangikan selawat dan salam buat jujungan yang Mulia, ahli keluarga baginda, para sahabat serta mereka yang tidak alpa menjadi pengikut baginda sehingga ke hari muka.

Sehari-hari dalam hidup kita, tanpa sedar atau tidak kita menjalani satu proses yang amat tersusun rapi. Penuh dengan sistem dan peraturannya. Inilah yang saya namakan dengan Sekolah Kehidupan.


Sekolah Kehidupan
ini, sebagaimana sekolah-sekolah yang pernah kita lalui dalam hidup kita. Ianya mempunyai peraturan dan sistem yang tersendiri dan unik. Setiap sekolah, sudah pasti mempunyai kurikulum, matapelajaran, guru, ujian atau peperiksaan. Ianya juga tidak terlepas dari denda serta ganjaran atau anugerah.


Di sekolah pula terbahagi kepada kelas peralihan, kelas pemulihan dan kelas ulangan. Begitu juga dengan Sekolah Kehidupan ini. Dan Sekolah Kehidupan ini berjalan dengan adil dan saksama sekali dalam hidup kita.


Inilah yang cuba saya terapkan dalam buku ini yang saya namakan dengan Sekolah Kehidupan. Sekiranya anda terus membaca buku ini dengan minda yang tenang dan lapang, anda akan fahami konsep Sekolah Kehidupan yang berlangsung dalam hidup anda ini!

Habin Faisal bin Mohamed Ad-Dawudie

HFZ Group Sdn Bhd

Malaysia, 2010

Kata Pengantar Buku Sekolah Kehidupan

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang merakamkan sepatah dua kata dalam buku Sekolah Kehidupan yang benar-benar telah menyentuh kehidupan, hati dan perasaan saya saat ini…

Buku Sekolah Kehidupan ini harus dijadikan sebagai rujukan oleh segenap lapisan masyarakat untuk mereka belajar tentang erti kehidupan. Buku Sekolah Kehidupan ini boleh memberi pengajaran dan inspirasi yang akan membawa kesan kepada minda, sikap, kejayaan, perniagaan, kerjaya dan kehidupan seharian kita.

Kehebatan penulis meneroka serta menghalusi setiap kurikulum kehidupan menerusi mata hati beliau merupakan batu asas tapak kejayaan buku Sekolah Kehidupan ini. Pengembaraan serta pengalaman hidup beliau telah berjaya diterjemah dalam setiap subjek dengan cerita-cerita ringkas setiap rakan sekelas beliau @ ‘murid’ dalam realiti sebenar kehidupan.

Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Sifu @ Mentor Tuan Hj. Habin Faisal Mohamed Ad-Dawudie di atas kesedaran serta inisiatif yang tinggi menulis buku Sekolah Kehidupan ini. Kehebatan buku ini bukan hanya pada intipatinya, bahkan tepat pada waktunya!

Persoalannya bila? Hanya pada malam hari yang gelap gelita sahaja kita akan dapat melihat keindahan kerdipan bintang-bintang di langit…

Hasilnya dengan memiliki dan membaca buku Sekolah Kehidupan ini akan memberi kita kesedaran serta kuasa tarikan yang luar biasa seperti setiap aktiviti-aktiviti di dalam GSC (Great Super Course). Namun yang paling utama, buku Sekolah Kehidupan ini akan membawa kita ke arah proses pembelajaran serta kecemerlangan dunia dan akhirat, InsyaAllah!

You are the best…

Success is a Process!

GREAT = Good + Better + Best

Never Let It Rest, Till Your Good is Better

& Your Better Is Best!



Dato’ Elias Omar

Pengasas KODANA Berhad

Malaysia, 2010

Tentang Pengarang

Nama Pengarang :
Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed

Latar Belakang Pendidikan :

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Chantum, Bachok Kelantan. Sebelum itu, beliau dididik oleh kedua ibubapanya di rumah dengan pendidikan asas awal sebelum memasuki alam persekolahan. Ibubapa beliau seorang yang amat mengambil berat tentang pendidikan anak-anak. Dalam serba kekurangan dari segi prasarana dan kewangan, beliau diperkenalkan dengan pendidikan awal di sebuah sekolah yang terletak bersempadan antara kampung kelahiran beliau dengan kampung yang berhampiran yang jaraknya lebih kurang sejauh 1 km dari rumah beliau. Beliau terpaksa berjalan kaki setiap hari untuk ke sekolah.

Setelah memasuki alam persekolahan di peringkat menengah, satu lagi cabaran yang terpaksa dihadapi oleh beliau kerana sekolah menengah yang terdekat dengan rumah berliau terletak lebih kurang 8 km jaraknya. Di peringkat menengah ini, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yaakubiah Nipah yang kini dikenali dengan nama Maahad Yaakubiah Nipah Bachok Kelantan. Banyak pengalaman suka dan duka sepanjang beliau menimba ilmu pengetahuan. Samada dari pengalaman hidup serta pendidikan. Dengan kedhaifan dari segi ekonomi, rujukan dan prasarana yang dalam keadaan serba kekurangan, beliau harungi pelbagai pengalaman suka-duka di peringkat usia seawal usia remaja ini dalam menimba ilmu pengetahuan.

Akhirnya, dengan usaha gigih yang penuh dengan cabaran dan dugaan beliau terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di bawah tajaan biasiswa kerajaan Malaysia. Sekali lagi beliau terpaksa berhadapan dengan cubaan dan dugaan yang baru di tempat asing. Tambahan lagi dengan kedhaifan keluarga beliau di waktu itu begitu amat terasa sekali. Untuk melengkapkan diri beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading turut dirasai keperitannya oleh kedua orang tuanya. Semasa di bangku sekolah, beliau tidak pernah mengikuti rombongan lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah kerana kengkangan kewangan dan ekonomi keluarga yang tidak mengizinkan. Bahkan sewaktu di bangku sekolah, beliau terpaksa memakai uniform sekolah lama yang telah dibeli sejak tiga tahun lalu. Kekadang beliau tidak mendapat bekal duit saku untuk ke sekolah dan sering berpuasa sambil berjalan sejauh 16 km sehari pergi dan balik dari sekolah.

Menara Gading :
Beliau dapat melanjutkan pelajaran beliau ke Universiti Yarmouk, Irbid Jordan dalam jurusan Feqah (Perundangan) dan Dirasah Islamiah. Selama lebih kurang empat tahun di luar negara, dengan suka duka serta pengalaman hidup beliau menggunakan peluang keemasan tersebut untuk menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dari mereka yang pakar dalam pelbagai bidang.
Antara Tuan Guru yang sempat beliau bertalaqqie (belajar secara khusus di luar waktu kuliah universiti) di bumi anbiya' itu ialah :
Tuan Guru Dr. Abdul Sattar Al-Hiitie, Tuan Guru Dr. Hussein Rababa'ah, Tuan Guru Prof. Dr. Mohamad Al-Faleh Al-Ajlouni, Tuan Guru Dr. Marwan Al-Qaisy, Tuan Guru Dr. Walid Musaa'adah, Tuan Guru Dr. Farouq Samara'ie, Tuan Guru Prof. Dr. Harith Ad-Dhoori, Tuan Guru Dr. Abdul Wahab As-Syiisyaani dan ramai lagi sepanjang beliau melanjutkan pelajaran di luar negara.

Beberapa orang Tuan Guru ini begitu memberi kesan kepada pendirian dan kefahaman beliau serta segala halatuju perjalanan hidup beliau. Sehingga beliau membuat kajian khusus tentang "Bagaimanakah alam ini mengajar tentang kehidupan kepadaku?!".
Beliau sering membicarakan tentang soal hidup ini semenjak dahulu lagi sehinggalah ke hari ini dan beliau tidak pernah jemu untuk membicarakannya. Beliau juga mula mempelajari ilmu kaunseling dan motivasi secara tidak langsung melalui kitab-kitab lama peninggalan ulama' terdahulu yang lebih dikenali dengan tasauf dan akhlak seperti kitab Muntolaq, Al-Raqa'ib, Tazkiyatul Anfus, Ihya' 'Ulumud Din, Mau'izastul Mu'minin dan juga Mustakhlas fi Tazkiyatul Anfus secara bertalaqqie dengan ulama'-ulama' terkenal dari bumi anbiya'.

Setelah pulang ke tanah air, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam Bidang Bahasa Arab dan Pendidikan Islam di Maktab Perguruan Islam (MPI) Bangi yang kini dikenali dengan Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS).


Pengalaman :
Sewaktu melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Islam (MPI) Bangi, beliau telah bersua dengan Seorang Mentor yang hebat dalam bidang kaunseling dan motivasi yang telah mengajarnya tentang ilmu kaunseling dan motivasi. Mentor beliau tersebut di saat itu ialah Allahyarham Azman Ibrahim yang lebih dikenali dengan nama Pak Man. Dari sinilah bermulanya beliau berkecimpung dalam bidang kaunseling dan motivasi. Hinggakan membawa kepada beliau berjinak-jinak dengan dunia kaunseling dan menyambung pelajaran dalam bidang kaunseling di peringkat sarjana. Hasrat beliau untuk menamatkan pembelajaran diperingkat sarjana terbantut kerana faktor kewangan dan kekangan kerja. Walau bagaimanapun, beliau terus bergerak cergas dalam bidang kaunseling dan motivasi semenjak tahun 2001 sehingga ke hari ini.

Beliau mula berkecimpung dalam bidang kaunseling dan motivasi dengan menjalankan program-program kaunseling dan motivasi di sekolah-sekolah sekitar Bangi pada setiap hujung minggu sewaktu beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Islam (MPI) Bangi. Setelah tamat pengajian, beliau meneruskan program motivasi di seluruh negeri Selangor, seterusnya ke seluruh tanah air sewaktu bekerja sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau bergiat cergas selama enam tahun sehingga beliau berhenti sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pelajaran.

Beliau juga bergiat cergas dalam memberi ceramah motivasi, seminar, membentang kertas kerja bagi jabatan-jabatan atau pejabat kerajaan serta syarikat swasta. Menjadi ahli penal forum perdana bermula tahun 2001 hingga kini. Bergiat cergas dalam kerja amal dan kebajikan membantu golongan miskin, fakir dan mereka yang memerlukan samada dalam bentuk bantuan kewangan serta ilmu pengetahuan. Selalu membantu menyelesaikan masalah hubungan sosial bagi pasangan, rumahtangga dan keluarga. Juga khidmat nasihat untuk hubungan sosial di kalangan kakitangan dengan majikan serta keibubapaan.

Selepas berhenti dari Kementerian Pelajaran Malaysia, beliau telah memulakan perniagaan sendiri secara sepenuh masa. Berpaksikan pengalaman serta ilmu yang beliau miliki, beliau dengan cemerlangnya menerajui kumpulan syarikat beliau di bawah HFZ Group. Di samping itu, beliau mendalami ilmu dalam bidang ekonomi dan perniagaan dari Mentor dan Sifu beliau yang sememangnya pakar dalam bidang tersebut iaitu Dato' Elias Omar. Beliau juga menjadi penasihat syar'ie kepada Koperasi Dana Usahawan Global Berhad atau lebih dikenali dengan KODANA Berhad. Dengan tunjuk ajar dan didikan daripada mentornya itu, beliau telah mengembangkan jalur gemilang ke persada antarabangsa. Walaupun terlalu awal untuk menyatakan kejayaan beliau ini, tetapi segala usaha gigih beliau telah memberi suntikan dan dorongan kepada ramai pihak. Sehingga kini, beliau menjadi penyuntik semangat dan sering memberi motivasi kepada mereka yang mengenali beliau. Dengan permintaan dari ramai pihak, maka segala pengalaman beliau, kaunseling serta motivasi yang sering dilontarkan kini beliau bukukan dalam sebuah buku yang diberi tajuk Sekolah Kehidupan.


Tentang Buku Sekolah Kehidupan :
Buku Sekolah Kehidupan ini merupakan satu buku siri pengalaman, kaunseling dan motivasi yang dihasilkan oleh pengarang dengan gaya persembahan yang berbeza dan unik. Pengarang mengemukakan pandangan dengan gambaran berdasarkan situasi yang benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian kita. Beliau memberi penjelasan tentang titik noktah penting yang perlu kita fahami atas setiap fenomena yang berlaku. Ini kerana setiap yang berlaku itu merupakan satu anugerah yang amat bernilai. Sekiranya kita tidak peka dengan keadaan ini, mengakibatkan tumpuan kita teralih serta tidak ada peningkatan positif bagi diri kita.

Ini yang beliau nyatakan dalam buku Sekolah Kehidupan bahawa hidup ini ibarat sebuah Sekolah Besar yang terbentang luas. Di dalamnya penuh dengan sukatan Kurikulum pendidikan kehidupan. Setiap orang yang menempuhinya perlu melalui proses pembelajaran dengan Kurikulum yang ditetapkan. Samada akan lulus dan terus ke Kurikulum berikutnya atau gagal, dipaksa mengulang dan terus mengulang sehingga lulus. Itulah yang dikatakan dengan Sekolah Kehidupan.

Apa yang menarik tentang buku ini ialah pengarang menyimpulkan konsep hidup ini berlandaskan dari intipati Al-Qur'an dan Hadis. Beliau juga memetik kata-kata cendikiawan-cendikiawan yang menjadi pujangga kepada pedoman hidup sejak zaman-berzaman. Keistimewaan buku ini ialah bagaimanakah caranya buku ini ditulis dan diadaptasi dengan contoh-contoh kehidupan sebenar. Membaca buku ini merupakan satu pengembaraan hidup yang menarik untuk dijadikan pedoman dan panduan.

Jangan lepaskan peluang memiliki dan membaca buku ini..!

HFZ Group Sdn Bhd.

Temu-bual dengan Pengarang Buku Sekolah Kehidupan

Soalan 01 : Bilakah saudara mula menulis?
Jawapan : Saya mula menulis semenjak dari bangku sekolah lagi. Saya memang suka menulis dan mengutarakan pandangan melalui penulisan atau menjadikan tempat luahan pendapat dan pandangan. Sekiranya penulisan yang saudari maksudkan ini ialah menulis buku, saya telah menulis beberapa buah buku sebelum ini dan kebanyakannya berkaitan dalam bidang keagamaan. Mungkin penerbitannya kurang dikomersialkan dan terhad.

Soalan 02 : Apakah yang mendorong saudara untuk menulis terutama dalam bidang motivasi?
Jawapan : Dorongan dari kawan-kawan rapat dan dari mentor saya sendiri iaitu Dato' Elias Omar serta mereka yang sering mendapat khidmat nasihat kaunseling atau motivasi dari saya. Bahkan penulisan merupakan antara minat saya sejak saya kecil lagi. Saya berasa puas apabila dapat melontarkan idea dan pandangan melalui penulisan. Kerana penulisan lebih tersusun dan menyentuh perasaan secara mendalam berbanding dengan percakapan atau pengucapan. Kekadang, saya dapat menyampaikan idea dan pandangan lebih baik, tersusun dan lebih tepat melalui penulisan berbanding pengucapan umum. Bidang motivasi pula adalah bidang kegemaran saya.

Soalan 03 : Bagaimana saudara menajamkan pena untuk menulis?
Jawapan : Saya mengasah bakat menulis ini sejak di bangku sekolah lagi apabila saya terlibat dengan penerbitan majalah sekolah dan dilantik menjadi setiausaha Badan Persuratan dan Penerbitan (BPP) sekolah pada waktu itu. Itulah saat minat saya dipupuk dan didorong dalam penulisan. Salah seorang kawan saya dahulu dalam BPP kini telah menjadi wartawan yang berjaya dalam salah sebuah akhbar terkemuka tanah air.

Soalan 04 : Pernah ikut mana-mana bengkel atau kursus penulisan atau ada dapat bimbingan dari sesiapa tentang teknik, prinsip dan kaedah menulis?
Jawapan : Secara khusus, saya tidak pernah mengikuti mana-mana bengkel penulisan. Saya selalu tegaskan bahawa saya bukanlah penulis dalam ertikata sebenar yang mematuhi etika dan kaedah penulisan. Saya cuma menulis untuk tujuan berkongsi idea dan pengetahuan yang saya ada dengan gaya penulisan yang ringkas dan bahasa yang mudah. Itulah tujuan saya menulis, tidak lebih dari itu.

Soalan 05 : Apa idealisme yang saudara bawa dalam penulisan saudara & apa misi saudara melalui motivasi diri?
Jawapan : Idealisme yang saya bawa melalui penulisan saya ialah berpandukan Al-Qur'an dan Hadis. Semua gerak kerja dan aktiviti hidup kita tidak dapat lari dari Al-Qur'an dan Hadis atau Sunnah Allah dalam kehidupan yang telah ditetapkan dengan lengkap terusun rapi penuh peraturan dan sistem. Misi saya ialah untuk mempertingkatkan motivasi diri tanpa melanggar peraturan alam yang sememangnya telah tersedia ada sejak azali lagi.

Soalan 06 : Untuk menulis buku yang berkaitan dengan motivasi diri ini, bagaimanakah persediaan @ penyelidikan yang saudara lakukan?
Jawapan : Persediaan untuk menulis buku ini, saya telah menghabiskan pembacaan buku yang teramat banyak dan rasanya melebihi 100 buah buku yang berkaitan. Bahkan saya telah membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk membeli buku serta bahan bacaan yang berkaitan. Saya membuat penyelidikan dengan meneliti buku motivasi yang ditulis oleh penulis-penulis terkenal samada dari zaman dahulu sehinggalah masa kini dalam pelbagai ideologi dan fahaman.

Soalan 07 : Berapa lamakah saudara mengambil masa untuk menyiapkan buku ini dan buat 'self-editing'? Adakah perlu ber"uzlah" @ menyendiri untuk siapkan buku ini?
Jawapan : Dalam menyiapkan penulisan buku ini sememangnya mengambil masa yang agak lama. Saya mengambil masa untuk 'self-editing' lebih kurang selama 3 bulan. Saya tidak ber"uzlah" atau menyendiri untuk menyiapkan buku ini kerana buku ini berkaitan dengan kehidupan. Ianya berkait rapat dengan kehidupan seharian kita dan saya perlu menghadapi orang pada setiap hari untuk mengukuhkan lagi penulisan saya dalam buku ini dan menambah ilmu serta kajian tentang hubungan manusia dalam meningkat prestasi serta motivasi diri.

Soalan 08 : Contoh-contoh dalam buku ini adalah adaptasi dari pengalaman sebenar. Boleh cerita sikit tentang perkara ini?
Jawapan : Saya sering melihat perkara yang berlaku dengan pandangan optimistik. Oleh itu, saya tidak merasa sempit dada atau tertekan dengan dugaan hidup. Untuk menjadikan buku ini lebih 'hidup' kepada pembaca dan penghayatannya maka saya masukkan pengalaman sebenar sebuah kehidupan di dalamnya untuk menjadi panduan dan ukuran sebenar bagi menilai tahap peningkatan motivasi diri dan kecemerlangan serta kebahagiaan hidup.

Soalan 09 : Bagaimana saudara menjadikan buku ini sesuai dibaca untuk semua peringkat umur?
Jawapan : Saya menulis buku ini mengikut terma dan kondisi sebenar sebuah kehidupan. Dari itu, setiap di kalangan kita akan melaluinya tanpa mengira usia, jantina, bangsa, agama dan kedudukan. Oleh itu buku ini memang sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan umur kerana ianya membicarakan tentang kehidupan. Kehidupan sebenar!

Soalan 10 : Apakah saudara akan teroka lebih jauh subjek berkenaan kehidupan & motivasi pada masa yang akan datang?
Jawapan : Ya, saya akan meneroka lebih jauh berkaitan dengan Sekolah Kehidupan ini. Dan saya sedang mengusahakan buku kedua sekarang ini berkaitan Sekolah Kehidupan yang bakal saya terbitkan pada tahun hadapan. Di samping itu, buku Sekolah Kehidupan yang ada sekarang ini, saya sentiasa membuat kajian dan tambahan serta pemurnian pada setiap bulan dengan tambahan maklumat baru dan terkini sepanjang masa bersesuaian dengan kehendak semasa dan para pembaca. Dan kini buku Sekolah Kehidupan yang berada di pasaran dalam proses untuk cetakan yang ketiga.