Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 51

31 Disember 2010 (Jumaat)
"Empat perkara yang membawa kepada KEBAHAGIAAN seseorang ; Isteri Solehah, Rumah yang luas (lapang), Kenderaan yang selesa dan Jiran yang Baik"

- Maksud Hadis Rasulullah s.a.w.

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 50

30 Disember 2010 (Khamis)
"Siapa yang rutin datang ke masjid maka ia akan menemukan di dalamnya peringatan-peringatan Allah s.w.t. tentang hari kebangkitan, kawan-kawan yang baik, ilmu yang bermanfaat, rahmat yang dijanjikan, nasihat-nasihat yang berguna, serta kesempatan melakukan taubat nasuha"

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 49

29 Disember 2010 (Rabu)
"Manusia yang paling celaka adalah yang tidak memiliki jati diri. Sedangkan orang yang paling rugi adalah yang tidak rela dengan takdir, mengeluh terhadap rezeki yang telah ditakdirkan, dan selalu sempit hatinya"

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 48

28 Disember 2010 (Selasa)
"Kenikmatan dunia adalah berada dalam kesihatan. Kenikmatan masa muda berada dalam semangat dan kreativiti. Kemuliaan ada dalam takwa; kehormatan ada dalam harta; dan keperibadian yang baik ada dalam kesabaran"

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 47

27 Disember 2010 (Isnin)
"Di antara kasih sayang Allah s.w.t. kepada manusia adalah dijadikanNya orang-orang yang taat kepadaNya kaya hati. Mereka walau hanya makan dengan beberapa suap nasi, tetapi merasa telah memiliki seluruh dunia"

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 46

26 Disember 2010 (Ahad)
"Jika jiwa dalam keadaan tenang maka datangnya fajar adalah laksana jalinan rambut yang indah, malam bagaikan rangkaian perayaan. Selain itu, semua orang akan nampak begitu menyenangkan serta tinggal di rumah sederhana rasa bagaikan istana"

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 45

25 Disember 2010 (Sabtu)
"Malancong dari satu tempat ke tempat yang lain tidak akan mengembirakan dan membahagiakanmu selama engkau tetap membawa kesedihan dalam hatimu. Oleh itu, campakkanlah kegelisahan dari relung-relung hatimu dan isilah dengan kegembiraan"

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 44

24 Disember 2010 (Jumaat)
"Temuilah keberuntungan dalam diam (tidak banyak berkata-kata). Sesungguhnya orang yang lebih suka diam akan mulia dan dicintai manusia. Banyak kejahatan berpunca dari banyak berkata-kata"

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 43

23 Disember 2010 (Khamis)
"Sebaik-baik harta adalah yang bermanfaat, laksana gps dalam pengembaraan. Ia tetap terjaga dikala engkau tertidur, terus memantau tatkala dirimu dalam perjalanan dan tetap mengalirkan pahala setelah engkau tiada"

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 42

22 Disember 2010 (Rabu)
"Ilmu adalah pendamping dalam sendirian, kawan dalam keterasingan, pengiring dikala sepi, penunjuk kepada jalan kebenaran, penolong dalam kesempitan dan tabungan kebaikan untuk kehidupan setelah mati"

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 41

21 Disember 2010 (Selasa)
"Sebelum tidur, tebarkanlah kebajikan ke lingkungan sekelilingmu. Cucilah hatimu sebanyak tujuh kali bilasan dengan sikap pemaaf lalu putihkan pada bilasan kelapan dengan taubat. Jika sudah ianya dilaksanakan, maka engkau akan merasakan manisnya iman"

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 40

20 Disember 2010 (Isnin)
"Permintaan tolong dari orang lain kepadamu adalah nikmat, maka janganlah merasa jemu kerana ianya akan berbalik menjadi musibah. Ketahuilah sesungguhnya saat terbaik dalam hidupmu adalah saat dirimu diperlukan dan bukan memerlukan!"

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 39

19 Disember 2010 (Ahad)
"Sesiapa yang mengabaikan pemimpin maka dia akan kehilangan dunianya. Sesiapa yang mengabaikan Ulama' maka dia akan rugi dalam urusan akhiratnya. Sesiapa yang mengabaikan orang jujur, maka dia akan kehilangan teladan dalam hala keberanian. Sesiapa yang mengabaikan Allah s.w.t., maka dia akan kehilangan dunia dan akhirat".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 38

18 Disember 2010 (Sabtu)
"Sesiapa yang sentiasa menghindari perselisihan, menjauhi kesombongan, terpelihari dari sifat dusta, pasrah pada takdir, mengubur dalam-dalam sifat dengki, maka Allah s.w.t. akan meneguhkan hatinya pada jalan kebenaran sebagaimana hamba-hamba pilihannya yang lain".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 37

17 Disember 2010 (Jumaat)
"Sesiapa yang memiliki Agama yang sentiasa membimbingnya, memiliki Akal yang meluruskan langkah perjalanan hidupnya, mempunyai Kedudukan yang menjadi benteng baginya dari segala kejahatan dan rasa malu yang sentiasa menghiasinya. Maka sesungguhnya telah terhimpun segala kebaikan dalam dirinya".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 36

16 Disember 2010 (Khamis)
"Tetangga yang jahat, lebih berbahaya daripada orang yang belum dikenali. Perbuatan baik lebih bernilai daripada gedung yang mencakar langit. Pujian baik yang dilontarkan orang lain kepadamu merupakan petanda kemuliaan".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 35

15 Disember 2010 (Rabu)
"Jauhilah sifat cemas dan bimbang kerana ia adalah racun. Hindari sifat mudah menyerah kerana ia membawa kepada kebinasaan. Buanglah jauh-jauh sifat malas kerana ia menjerumuskan kepada kegagalan. Hindari sikap tidak beriltizam, baik dalam perkataan mahupun perbuatan kerana sesungguhnya ia adalah hasil dari tiada kawalan diri".


Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 34

14 Disember 2010 (Selasa)
"Ucapan terima kasih yang keluar dari mulut orang yang mensyukuri kebaikanmu akan terdengar lebih merdu daripada kicauan burung dan desiran angin musim semi. Ia juga lebih indah daripada gemersik reranting pohon atau alunan suara para biduan".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 33

13 Disember 2010 (Isnin)
"Lihatlah ke sekelilingmu! Adakah engkau menemui orang yang hidupnya hanya penuh dengan kesedihan sahaja? Atau adakah engkau melihat orang yang sepanjang waktu hanya menderita? Adakah di setiap rumah hanya terdengar tangisan? Dan adakah di semua pipi hanya ada airmata?!".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 32

12 Disember 2010 (Ahad)
"Setiap apa yang anda lakukan, seolah-olah anda sedang mengumpul kredit alam yang bakal diganjarkan apabila kreditnya mencukupi. Oleh itu, bersabarlah dalam hari-hari yang anda lalui. Bergembiralah!".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 31

11 Disember 2010 (Sabtu)
"Hidup ini ibarat boomerang, apa yang anda lontar anda akan mendapatnya kembali. Hidup ini juga ibarat katalog, anda akan dapat apa yang anda pesan! Dan alam ini seolah-olah pelayan yang tak pernah serik untuk menyediakan setiap pesanan anda!".

kata-kata dari mentorku iaitu Dato' Elias Omar.
- petikan Buku Sekolah Kehidupan.

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 30

10 Disember 2010 (Jumaat)
"Kunci kebahagiaan yang paling murah menurut para ulama' dan cendikiawan adalah menjauhi hal-hal yang tidak berguna dalam hidup. Orang yang paling bernilai di mata orang berilmu adalah yang mengasihi dan dikasihi orang lain".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 29

09 Disember 2010 (Khamis)
"Bersama airmata pasti ada senyuman. Bersama kesedihan ada kegembiraan. Bersama cubaan ada ganjaran. Bersama musibah ada anugerah. Semuanya merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan. Inilah Sekolah Kehidupan".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 28

08 Disember 2010 (Rabu)
"Jangan sekali-kali menjadi orang yang tidak punya keperibadian (seperti mengkarung yang selalu berubah-ubah warna kulit)! Rasulullah s.a.w. bersabda, la takuunu imma'ah (jangan kamu menjadi penjilat). - Riwayat Tirmizi".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 27

07 Disember 2010 (Selasa)
"Menciplak keperibadian orang lain, atau kehilangan identiti diri dan larut dalam identiti orang lain, atau meniru secara total setiap perilaku orang lain, semuanya merupakan tindakan bodoh dan salah. Hal tersebut sama sahaja dengan membinasakan diri sendiri".

Maal Hijrah

06 Disember 2010 (Jumaat)
Kami di HFZ Group Sdn Bhd dan juga team Sekolah Kehidupan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432. Semoga kedatangan tahun baru Hijrah ini menjanjikan seribu satu perubahan ke arah kebaikan buat kita semua. Di harapkan dengan hadirnya 1432H ini bakal memberi lembaran baru buat kita semua. Sokongan anda kepada kami selama ini amat kami hargai, Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 26

06 Disember 2010 (Isnin)
"Jika orang mengkritikmu, maka bererti engkau telah melakukan hal-hal yang patut untuk diperhatikan atau diingat. Dengan demikian, dirimu sebenarnya telah melebihi mereka, baik dalam hal ilmu, harta, pangkat atau kemuliaan".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 25

05 Disember 2010 (Ahad)
"Kesilapan dan kekurangan terbesar kita adalah tidak pernah berjuang semaksimum mungkin untuk mengisi hari-hari yang sedang kita jalani (hari ini). Kita lebih asyik bernostalgia dengan pencapaian masa lalu serta membincangkan rancangan masa depan. Kenapa bersikap demikian wahai teman sekalian, ayuhlah bertindak sehabis mungkin hari ini di sini!".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 24

04 Disember 2010 (Sabtu)
"Biasakan dirimu menjadi pendengar yang baik, tidak memotong perbicaraan orang lain, bertutur kata lemah-lembut, bersikap santun, serta meninggalkan kesan positif di hati setiap orang yang mengenalmu".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 23

03 Disember 2010 (Jumaat)

"Hindarilah perdebatan yang tidak perlu serta perkumpulan yang tidak bermanfaat. Jauhilah kawan yang jahil kerana ia boleh menarikmu kepada kejahilan (seperti dirinya). Ketahuilah bahawa tabiat yang buruk boleh mempengaruhi tabiat baikmu dan penglihatan matamu yang buruk boleh menjerumuskanmu ke dalam kejahatan"

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 22

02 Disember 2010 (Khamis)
"Enam elemen penting yang harus dimiliki dalam mengharungi hidup sebagai seorang yang hebat iaitu ; agama, ilmu, kekayaan, keperibadian yang baik, kesihatan dan sikap pemaaf".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 21

01 Disember 2010 (Rabu)
"Istiqhfar membuka pintu rahmat, melapangkan hati dan fikiran, serta menghilangkan kesempitan. Ia adalah kunci untuk mencapai rezeki sekaligus hidayah Ilahi".