Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 20

30 November 2010 (Selasa)
"Jika suatu saat fikiranmu diliputi kekalutan, atau hatimu dibayangi kesedihan, atau keluarga dan hartamu meninggalkanmu maka jangan sekali-kali merasa putus asa kerana boleh jadi Allah s.w.t. telah mempersiapkan di sebalik itu kebaikan yang banyak bagimu".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 19

29 November 2010 (Isnin)
"Kirimkan surat pengharapanmu di tengah keheningan malam. Jadikan airmatamu sebagai dakwatnya, kedua pipi sebagai kertasnya, kepasrahan sebagai setemnya dan Arasy Ilahi sebagai alamat (tujuannya). Setelah itu, tunggulah jawapannya".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 18

28 November 2010 (Ahad)
"Apa yang menurutmu menyusahkan pada awalnya boleh jadi malah menghasilkan kebahagiaan pada akhirnya, seperti mendung di langit yang awalnya berkecamuk kilat dan petir yang menakutkan, tetapi akhirnya adalah butiran-butiran hujan yang membawa penghidupan".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 17

27 November 2010 (Sabtu)
"Jadikan sahabat sejatimu adalah pena; saluran penumpahan idea-ideamu adalah dakwat; kawan bermainmu adalah buku; istanamu adalah rumahmu; dan simpanan kekayaanmu adalah tenaga atau masa sihatmu. Jangan hiraukan hal-hal yang telah berlalu".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 16

26 November 2010 (Jumaat)
"Hari kelmarin telah tiada. Hari ini sedang berlangsung. Sementara hari esok belum lahir. Harimu adalah hari ini maka isilah ia dengan ketaatan dan aktiviti yang bermatlamatkan kesejahteraan ummah, nescaya angkau akan mendapat keberuntungan".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 15

"Kenikmatan dunia hanyalah fatamorgana. Penderitaan atau musibah adalah penghapus dosa. Kemarahan adalah api yang menghanguskan. Waktu kosong adalah kerugiaan dan ibadah adalah perniagaan".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 14

"Dunia selalu berputar dan hari terus berganti. Keadaan yang sama tidak akan berlangsung selamanya. Allah s.w.t. Yang Maha Penyayang juga sentiasa mengawasi keadaan hambaNya setiap saat... Maka kenapa bersedih?!".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 13

"Sesungguhnya kenikmatan yang hakiki terletak pada perasaan puas terhadap apa yang ada, ketenangan hati, terjauh dari fitnah atau huru-hara, selamat dari bala, bersyukur terhadap nikmat Tuhan, serta dapat beribadah (aktiviti yang baik) secara bebas dan berkesinambungan".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 12

"Jangan memikul 'bola' dunia di atas kepalamu. Jangan berfikir bahawa orang lain akan memerhati seluruh urusanmu. Ketahuilah, sesungguhnya setiap orang memiliki urusannya sendiri sehingga tidak akan sempat memerhatikan urusan orang lain".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 11

"Jalan yang paling selamat adalah jalan menuju ke rumah. Hari yang paling indah adalah hari yang diisi dengan aktiviti berfaedah (amal soleh). Saat yang paling buruk adalah ketika engkau melakukan kejahatan terhadap orang lain".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 10

"Kebahagiaan adalah lenyapnya kepedihan, hilangnya permusuhan, hidup dihiasi amal soleh, dan jiwa tidak ditunggangi oleh hawa nafsu".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 09

"Rasa aman adalah tempat berpijak yang paling kukuh dan kesedihan adalah perisai paling utama. Ilmu pengetahuan adalah makanan yang paling lazat, cinta adalah ubat yang paling mujarab, sedangkan pakaian yang menutup aurat adalah pembalut tubuh yang paling indah".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 08

"Hal terpenting bagi seseorang di dunia ini adalah memiliki iman yang benar, akhlak yang terpuji, akal yang lurus, tubuh yang sihat, dan rezeki yang berkat. Selain semua itu, adalah beramal dan mengisi waktu dengan kesibukan yang bermanfaat".

Kiswa baru Kaabah (Baitullah)

10 Zulhijjah 1431H. Kain penutup Kaabah yang dikenali sebagai 'Kiswa' diganti baru dalam satu majlis tahunan di Makkah yang disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan. Menurut sebuah akhbar tempatan di Makkah, Saudi Gazette, majlis pemasangan Kiswa yang baru itu disempurnakan oleh para petugas dari Majlis Agung yang menjaga Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Kiswa baru berharga SR20 juta (lebih kurang USD8 juta) setinggi 14 meter yang diperbuat dari sutera serta bersulam benang emas itu dihasilkan di sebuah kilang khas.

Ia turut merangkumi satu langsir di bahagian pintu Kaabah yang diperbuat daripada sutera khas, enam setengah meter tinggi dan tiga meter lebar, yang dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang disulam indah dengan benang diperbuat daripada emas dan perak.

Adios..!

Selamat Menyambut Eidil Adha 1431H

Pihak HFZ Group Sdn Bhd mengucapkan Selamat Menyambut Eidil Adha kepada semua. Kami harapkan dengan kehadiran Eidil Adha kali ini akan lebih bermakna kepada semua terutama mereka yang menyokong kami selama ini.

Falsafah pengorbanan yang lahir dari Eidil Adha ini harapnya akan menjadi satu kekuatan serta menambahkan keyakinan kita semua. Semua dengan kedatangan Eidil Adha kali ini menjanjikan permulaan baru kepada lebaran hidup kita semua.

Sekali lagi di kesempatan yang ada ini kami ingin mengucapkan selamat menyambut Eidil Adha minal 'Aizin wal Faizin..!

Kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada sebarang kesilapan atau kekeliruan dan sebagainya samada pihak kami sedari atau tidak. Maaf zahir dan batin!

Sekian, Wassalam.

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 07

"Berbahagialah sekarang juga, kerana anda tidak terjamin akan terus hidup. Anda tidak mempunyai jaminan akan selamat dari perubahan zaman. Maka janganlah jadikan kegelisahan sebagai mata wang anda, serta kebahagiaan sebagai hutang anda".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 06

"Keimanan, kesihatan, kekayaan, kebebasan, kemudahan, dan ilmu pengetahuan adalah intisari dari apa yang ingin diraih oleh orang yang berakal. Dan sedikit sekali hal ini dapat terkumpul secara serentak".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 05

"Empat hal yang mendatangkan kebahagiaan, iaitu buku yang bermanfaat, anak yang berbakti, isteri yang dicintai, dan kawan yang soleh. Dan Allahlah sebagai pengganti kepada semua ini".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 04

"Orang yang tidak bahagia di rumahnya tidak akan bahagia di tempat lain. Orang yang tidak dicintai keluarganya nescaya tidak akan dicintai siapa pun. Orang yang menyia-nyiakan hari ini akan menyia-nyiakan hari esok!"

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 03

"Jangan sangka bahawa anda akan diberikan anugerah dalam segala hal, tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat banyak kebaikan. Sedangkan jika anda berfikir bahawa anda akan mendapat seluruh anugerah dan pemberian, maka hal itu adalah mustahil".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 02

"Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini. Dan jangan menunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepatkan datangnya kesusahan dan kesedihan".

Mutiara Kata Sekolah Kehidupan 01

"Sebaik-baiknya sahabat ialah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda".