Kiswa baru Kaabah (Baitullah)
10 Zulhijjah 1431H.
Kain penutup Kaabah yang dikenali sebagai 'Kiswa' diganti baru dalam satu majlis tahunan di Makkah yang disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan. Menurut sebuah akhbar tempatan di Makkah, Saudi Gazette, majlis pemasangan Kiswa yang baru itu disempurnakan oleh para petugas dari Majlis Agung yang menjaga Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Kiswa baru berharga SR20 juta (lebih kurang USD8 juta) setinggi 14 meter yang diperbuat dari sutera serta bersulam benang emas itu dihasilkan di sebuah kilang khas.
Ia turut merangkumi satu langsir di bahagian pintu Kaabah yang diperbuat daripada sutera khas, enam setengah meter tinggi dan tiga meter lebar, yang dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang disulam indah dengan benang diperbuat daripada emas dan perak.
Adios..!
Selamat Menyambut Eidil Adha 1431H

Falsafah pengorbanan yang lahir dari Eidil Adha ini harapnya akan menjadi satu kekuatan serta menambahkan keyakinan kita semua. Semua dengan kedatangan Eidil Adha kali ini menjanjikan permulaan baru kepada lebaran hidup kita semua.
Sekali lagi di kesempatan yang ada ini kami ingin mengucapkan selamat menyambut Eidil Adha minal 'Aizin wal Faizin..!
Kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada sebarang kesilapan atau kekeliruan dan sebagainya samada pihak kami sedari atau tidak. Maaf zahir dan batin!
Sekian, Wassalam.
Langgan:
Catatan (Atom)