Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sehari-hari dalam hidup kita, tanpa sedar atau tidak kita menjalani satu proses yang amat tersusun rapi. Penuh dengan sistem dan peraturannya. Inilah yang saya namakan dengan Sekolah Kehidupan.
Sekolah Kehidupan ini, sebagaimana sekolah-sekolah yang pernah kita lalui dalam hidup kita. Ianya mempunyai peraturan dan sistem yang tersendiri dan unik. Setiap sekolah, sudah pasti mempunyai kurikulum, matapelajaran, guru, ujian atau peperiksaan. Ianya juga tidak terlepas dari denda serta ganjaran atau anugerah.
Di sekolah pula terbahagi kepada kelas peralihan, kelas pemulihan dan kelas ulangan. Begitu juga dengan Sekolah Kehidupan ini. Dan Sekolah Kehidupan ini berjalan dengan adil dan saksama sekali dalam hidup kita.
Inilah yang cuba saya terapkan dalam buku ini yang saya namakan dengan Sekolah Kehidupan. Sekiranya anda terus membaca buku ini dengan minda yang tenang dan lapang, anda akan fahami konsep Sekolah Kehidupan yang berlangsung dalam hidup anda ini!
Habin Faisal bin Mohamed Ad-Dawudie
HFZ Group Sdn Bhd
Malaysia, 2010