Kata Pengantar Buku Sekolah Kehidupan

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang merakamkan sepatah dua kata dalam buku Sekolah Kehidupan yang benar-benar telah menyentuh kehidupan, hati dan perasaan saya saat ini…

Buku Sekolah Kehidupan ini harus dijadikan sebagai rujukan oleh segenap lapisan masyarakat untuk mereka belajar tentang erti kehidupan. Buku Sekolah Kehidupan ini boleh memberi pengajaran dan inspirasi yang akan membawa kesan kepada minda, sikap, kejayaan, perniagaan, kerjaya dan kehidupan seharian kita.

Kehebatan penulis meneroka serta menghalusi setiap kurikulum kehidupan menerusi mata hati beliau merupakan batu asas tapak kejayaan buku Sekolah Kehidupan ini. Pengembaraan serta pengalaman hidup beliau telah berjaya diterjemah dalam setiap subjek dengan cerita-cerita ringkas setiap rakan sekelas beliau @ ‘murid’ dalam realiti sebenar kehidupan.

Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Sifu @ Mentor Tuan Hj. Habin Faisal Mohamed Ad-Dawudie di atas kesedaran serta inisiatif yang tinggi menulis buku Sekolah Kehidupan ini. Kehebatan buku ini bukan hanya pada intipatinya, bahkan tepat pada waktunya!

Persoalannya bila? Hanya pada malam hari yang gelap gelita sahaja kita akan dapat melihat keindahan kerdipan bintang-bintang di langit…

Hasilnya dengan memiliki dan membaca buku Sekolah Kehidupan ini akan memberi kita kesedaran serta kuasa tarikan yang luar biasa seperti setiap aktiviti-aktiviti di dalam GSC (Great Super Course). Namun yang paling utama, buku Sekolah Kehidupan ini akan membawa kita ke arah proses pembelajaran serta kecemerlangan dunia dan akhirat, InsyaAllah!

You are the best…

Success is a Process!

GREAT = Good + Better + Best

Never Let It Rest, Till Your Good is Better

& Your Better Is Best!



Dato’ Elias Omar

Pengasas KODANA Berhad

Malaysia, 2010